Kelas pertama yang saya hadiri adalah kelas basic mendeco kek di Bakeri Ria Akademi, dan itu juga adalah kelas terakhir saya kerana selepas itu dah tak sempat dah nak pergi belajar, terus jela praktis dan praktis di kedai. Saya masih ingat ada seorang pelanggan yang mengatakan kek saya nampak amatur. Saya mengaku saya amatur dan saya baru belajar mendeco, dan dia terus beli kek saya itu. Memang saya akui kek-kek saya masa tu sangat tidak cantik tapi kebanyakannya habis dijual. Alhamdullillah, semangat saya semakin berkobar-kobar dan lama-kelamaan skill saya bertambah mantap. Kemudian suami "arahkan" pula saya buat kek kahwin, kali ni saya dah ada keyakinan sedikit, saya sahut cabarannya. Ketika itu apabila saya tunjukkan bunga " buttercream" yang saya buat padanya dia komen..." Tak macam bunga ros pun...., macam bunga kantan". Saya tanya dia balik,...." bunga kantan macam ni ke?", sebenarnya saya rasa geram masa tu.
Di sebabkan komennya itulah saya berusaha lagi untuk buat bunga ros tercantik yang dia pernah tengok. Selepas itu banyaklah kek hantaran dan kek kahwin yang saya telah hasilkan, botingkek-tingkek bak kata Ustaz Ashraff. Semenjak itu saya semakin cintakan dunia kek dan aising.
Kata mentor saya, " Love what you do first, then do what you love".
No comments:
Post a Comment