Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya sambung cerita semalam...
Dipendekkan cerita, tak lama selepas itu kami beli 2 biji oven Europa dan mixer roti yang kecil dengan menggunakan kad kredit. Maka bermulalah tugas kami membuat roti di rumah kemudian suami akan menjualnya di kawasan Flat Sri Kota di Bandar Tun Razak, dengan membawa troli yang dipenuhi dengan roti dan berjalan dari rumah ke rumah sambil membunyikan 'hon Bai Roti'. Suami saya akan mula menjual dari tingkat 16 dan turun setingkat demi setingkat. Jualan amat memberansangkan, tak sampai 2jam roti cuma tinggal beberapa biji sahaja. Dari situ kami nampak bisnes ini ada potensi untuk berkembang.
Kemudian kami maju setapak lagi memberani diri membuka meja lipat di tepi LRT Bandar Tun Razak. Kami berniaga tanpa lesen dan permit. Beberapa kali juga kami terserempak dengan penguatkuasa DBKL, dan biasanya DBKL hanya akan arah kami berhenti berniaga dan beredar. Suami bawalah roti semua naik jual ke rumah flat. Pengalaman berniaga di tepi jalan sangat berharga bagi kami. Membuang rasa ego dan tinggi diri. Anak-anak pun kami bawa bersama dan secara tak langsung mengajar mereka jangan malu menjual.
Nanti saya akan kongsikan bagaimana "The Baker's Place" mula bertapak dan mencipta nama.
No comments:
Post a Comment