Pernah suatu ketika saya terbaca diari anak saya menulis tentang perasaannya terhadap saya dan suami. Ada satu ayat yang merobek-robek hati saya yang ditulisnya ialah "I hate my life!!" Kesian anak saya. Waktu itu dia berusia 9 tahun.Ketika itu saya dan suami merasakan kami adalah ibu bapa yang gagal. Saya buang diari lamanya dan saya berikan yang baru dan katakan kepadanya
" Akak tulis benda yang akak suka je dalam diari ni...", dan dia tulis apa-apa saja yang menggembiarakan hatinya.
Pesanan saya pada rakan-rakan yang baru nak berniaga atau dah lama berniaga, tolonglah ambil tahu keadaan anak kita, setiap hari tanyalah tentang perasaan mereka. Jangan biarkan saja mereka buat hal sendiri, asalkan cukup bagi makan pakai je. Ingat bahawa segala-gala yang kita buat sekarang adalah untuk mereka. Berikan perhatian pada mereka sementara mereka masih kecil agar bila kita dah tua, mereka akan beri perhatian pada kita pula.
Oh..ya, sekarang anak sulong saya itu sudahpun berusia 15 tahun. Alhamdulillah dia sangat ceria, tenang dan bahagia dengan hidupnya sekarang ini. Dia sedang kuat berusaha menghabiskan hafazannya di Madrasah Hafizah Tamam bersama-sama adiknya. Sekarang dia pula menjadi kaunselor tak bertauliah pada kawan-kawannya. Dia juga suka menulis, saya kongsikan blognya di bawah ini.
Syukur atas segala nikmat yang kau berikan pada hambaMu ini Ya Allah.
www.ketukpintuilmu.blogspot.com
www.menghiasimpian.blogspot.com
www.facebook.com/kedaikekthebakersplace
No comments:
Post a Comment