Impian kami yang seterusnya adalah memiliki kedai bakeri, tambahan pula tiada lagi kedai bakeri di sekitar wilayah kami hatta kedai bakeri bukan melayu sekalipun. Ketika itu kami merasakan perlu adanya kedai bakeri melayu untuk memenuhi fardhu kifayah.
Satu-satunya peluang kami adalah lot kedai di bangunan Pusat Komersial Komuniti yang hanya tinggal satu lot kosong di tingkat bawah. Setiap kali lalu di depan kedai tersebut, suami akan cakap, " nilah kedai bakeri kita", dan saya hanya akan senyum je.
Inilah yang dinamakan "The Power Of Doa". Dengan bantuan Allah swt, Allah menggerakkan hati seseorang untuk menjadikan kedai kosong itu milik kami. Sewa kedai ketika itu adalah RM 1600 sebulan, kami harus membayar sewa untuk tiga bulan + deposit sebulan dan deposit utiliti. Ternyata untuk memiliki kedai tidak mudah, itu belum masuk " renovation" lagi.
Alhamdulillah kami mampu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kunci kedai, peralatan bakeri memang telah sedia ada di rumah namun untuk menjimatkan kos , renovation kami lakukan sendiri. Macam tak percaya kan? Orang terdesak akan lakukan apa saja untuk survive selagi halal.
Dah penat dah ni, esok sambung.
No comments:
Post a Comment