Untuk pengetahuan semua, pada mulanya bukan saya yang belajar mengenai roti dan kek, tapi suami saya BahtiarAbdul Kassim. Dialah yang mula mencetuskan idea untuk belajar buat roti dan berniaga dari rumah. Saya tak yakin dan tak minat pada mulanya. Tambahan pula dengan anak yang masih kecil, mana mungkin saya keluar ke kelas tinggalkan anak-anak. Saya memang tak biasa.
Kelas pertama yang dihadirinya ialah kelas membuat roti bersama Chef Liza Zainol. Dalam kelas tu semuanya perempuan kecuali dia sorang je. Balik rumah dia beli tepung dan semua bahan dan dia pula mengajar saya buat roti. Saya masih ingat doh sekilo yang kami bancuh dan uli dengan tangan sebab tiada mesin dan kami uli bergilir-gilir sampai kenyal. Dengan peluh meleleh- leleh memang tak henggat. Jangan risau, roti yang dah siap dibuat kami makan sendiri! Lenguh tangan seminggu tak hilang. Itu lah kurang ilmu namanya. Masa belajar ditunjukkan guna mesin mixer, tak tahupun cara betul uli dengan tangan. Hantam sajalah uli macam mana pun. Oven pun pakai oven yang RM150 tu je....
Dari situlah suami mula manghadiri kelas-kelas baking yang lain disebelah petang dan malam selepas waktu kerjanya. Saya tahu dia sangat penat tapi dia tak pernah merungut.
Bersambung lagi.
No comments:
Post a Comment