Friday, November 1, 2013

"Staffku sayang..."

                Kalau nak dikira dengan jari, yang sebenarnya ada 6 buah kedai kek "The Bakers Place", tapi memang dah bukan rezeki, 3 buah terpaksa ditutup dan satu dijual. Hanya 2 buah saja yang masih kekal bertahan. Bisnes bakeri bukanlah satu bisnes yang mudah jika tiada ilmu yang cukup dan pekerja yang setia malah sukar juga untuk mendapatkan tenaga kerja yang mahir. 

                 Setakat ini tak tahu dah berapa ramai  pekerja yang keluar masuk. Ada yang kerja sebulan, seminggu, 3 hari malahan ada yang cuma bertahan sehari saja. Hish...hish...kesian...
Kedai bakeri ni nampak dari luar memanglah macam best....dengan lampu terang-benderang, dengan susunan kek yang cantik-cantik tapi hakikatnya....

                  "Saya memang minat kak....lagipun saya dah biasa buat kerja dapur..." itulah kata-kata yang biasa didengar ketika belum mula kerja di sini. Apakala dah mula, muka jadi ketat dan dah mula picit-picit kaki. Esoknya pagi-pagi dapatlah SMS berbunyi " Maaf sgt x dpt dtg arini, x sihat...huhu"
Nak berhenti kerja pun guna sms saja.

                    Walaupun banyak kali situasi itu berlaku, tapi kami tak pernah jemu mengambil anak-anak bangsa sendiri bekerja di sini. Kami selalunya bersangka baik semoga satu hari dapat pekerja yang baik, yang jaga solat, yang amanah dan yang ikhlas. 

                    Alhamdulillah setahun ini kami dapat pekerja dengan ciri-ciri yang kami mahukan walaupun belum 100% sempurna, perlu dilatih. Semoga Allah permudahkan lagi segala urusan kami untuk mengembangkan lagi "Kedai Kek The Bakers Place." Ameen.

www.facebook.com/KedaiKekTheBakersPlace


Jariku tidak berwarna lagi.....

                Antara banyak-banyak kek, kek perkahwinan adalah antara kek yang paling sukar dibuat. Ia memerlukan ketelitian dan kemahiran yang lebih pada seorang penghias kek. Kek kahwin pertama yang saya hasilkan adalah pada hari perkahwinan adik-adik saya yang dibuat serentak pada Ogos 2007 iaitu 2 set kek 3 tingkat. Itu juga merupakan kek percubaan sebelum berani mengambil tempahan dari pelanggan. Dengan "skill" yang tidak seberapa itu, saya berusaha menyiapkan kek-kek tersebut dengan bantuan suami dan ditemani anak-anak sehingga jam 3 pagi. 

              " Sekejap ye, sikit lagi kek ibu nak siap dah....." Entah berapa kali ungkapan itu keluar untuk memujuk anak-anak yang bosan menunggu, tak tahu nak main apa dah di dalam kedai. Jari-jari pun dah bewarna merah dan biru. Itulah dia kek kahwin pertamaku. Dari situlah saya mengasah "skill" agar dapat menghasilkan kek kahwin yang lebih menawan dengan lebih pantas.

               Sekarang ini jari-jari saya tidak lagi berwarna, semuanya sekarang staff yang buat, biar jari mereka  pula yang bewarna merah, biru dan kuning....heheh...

www.facebook.com/KedaiKekTheBakersPlace