Friday, November 1, 2013

"Staffku sayang..."

                Kalau nak dikira dengan jari, yang sebenarnya ada 6 buah kedai kek "The Bakers Place", tapi memang dah bukan rezeki, 3 buah terpaksa ditutup dan satu dijual. Hanya 2 buah saja yang masih kekal bertahan. Bisnes bakeri bukanlah satu bisnes yang mudah jika tiada ilmu yang cukup dan pekerja yang setia malah sukar juga untuk mendapatkan tenaga kerja yang mahir. 

                 Setakat ini tak tahu dah berapa ramai  pekerja yang keluar masuk. Ada yang kerja sebulan, seminggu, 3 hari malahan ada yang cuma bertahan sehari saja. Hish...hish...kesian...
Kedai bakeri ni nampak dari luar memanglah macam best....dengan lampu terang-benderang, dengan susunan kek yang cantik-cantik tapi hakikatnya....

                  "Saya memang minat kak....lagipun saya dah biasa buat kerja dapur..." itulah kata-kata yang biasa didengar ketika belum mula kerja di sini. Apakala dah mula, muka jadi ketat dan dah mula picit-picit kaki. Esoknya pagi-pagi dapatlah SMS berbunyi " Maaf sgt x dpt dtg arini, x sihat...huhu"
Nak berhenti kerja pun guna sms saja.

                    Walaupun banyak kali situasi itu berlaku, tapi kami tak pernah jemu mengambil anak-anak bangsa sendiri bekerja di sini. Kami selalunya bersangka baik semoga satu hari dapat pekerja yang baik, yang jaga solat, yang amanah dan yang ikhlas. 

                    Alhamdulillah setahun ini kami dapat pekerja dengan ciri-ciri yang kami mahukan walaupun belum 100% sempurna, perlu dilatih. Semoga Allah permudahkan lagi segala urusan kami untuk mengembangkan lagi "Kedai Kek The Bakers Place." Ameen.

www.facebook.com/KedaiKekTheBakersPlace


No comments:

Post a Comment