Thursday, January 23, 2014

P.O.W.E.R



              Selama 4 hari menuntut elmu Advance Marketing Power MIECC Seri Kembangan, saya ingin berkongsi pengalaman di sini. Walaupun ini adalah kali kedua menghadiri seminar AMP, namun pengisiannya memang jauh berbeza.   

                 Banyak input baru yang saya dapat pada seminar kali ini dan saya rasa sangat bertuah menghadirinya sekali lagi. Di sini saya ingin share apa yang saya pelajari, moga bermanfaat.

[ Konsep P.O.W.E.R ]

1) Pakar
Kita mesti tunjukkan yang kita pakar dalam bidang kita. Orang lain perlu tahu apa yang kita buat dengan ayat kepakaran kita. Dalam masa 30 saat orang boleh faham apa yang kita sampaikan.

Ada 10 cara untuk orang detect yang kita ni pakar.
-  Jawatan (Owner/ Ceo)
- Pengalaman ( Perjalanan hidup kita boleh menunjukkan kita pakar)
- Pencapaian kita dalam bisnes, result yang kita dapat.
- Feedback pelanggan ( kepuasan pelanggan) - feedback pelanggan adalah ASSET
- senarai pelanggan yang kita bantu. ( never create fake testimoni)
- Media coverage.
- Marketing campaign ( brand campaign)
- Partnership ( JV dengan brand/ company/ orang lain)
- Falsafah/ Motto/ Tagline ( melibatkan kredibiliti positioning kita)
- Popularity.

2) Problem
Elakkan promote produk yang boleh selesaikan masalah semua orang. Pastikan target customer kita. 
Don't oversell sampai orang tak percaya. Niche ( pengkhususan) telah melahirkan ramai millionaires khusus dalam sesuatu bidang sahaja.
" satu kali meletop, banyak kali meletop-letop"

3) Penyelesaian
Sentiasa kongsi 3 tips bila mengunakan produk atau servis kita.
Share apa yang dia akan dapat atau dapat mengelakkan dari apa!

4) Peluang
Bisnes memberi orang peluang untuk memahami, mencuba, memahami risiko dan kelebihan yang diperolehi.

5) Pasaran ( target market)
Lelaki atau perempuan, range umur, status perkahwinan dll.

6) Pesaing
Buat bisnes, tengok siapa pesaing kita, apa benda baru yang dia buat supaya;
- buat lebih baik dari diri kita.
- buat lebih baik dari pesaing kita.
- track copy ( belajar dari pesaing kita di wilayah kita)

7) Perlu
Cari pelanggan yang " PERLUKAN" kita. Create the needs. Fokus pada orang yang perlu.

8) Penyelidikan
Sentiasa alert dengan keadaan pasaran. Lihat apa yang pesaing kita buat dan apa yang terbaru dipasaran.

9) Product Quality
Marketing dah power, produk pun kena power juga. Produk kualiti sangat penting ditambah dengan pemasaran yang hebat. Perlu ada proven succes untuk produk/ servis.

10) Professional
Imej yang professional sangat penting. Professional branding, packaging and professional smells. ( We must smells like a millionaires!)

11) Opportunity
Jangan meminta-minta dan merayu-rayu  supaya orang beli barang kita. Kita berniaga adalah untuk beri orang sesuatu peluang. Cth: untuk jadi agen

12) Offering
Offer orang untuk produk/perkhidmatan yang terbaik.

13) Wilayah (market leader)
Untuk menjadi "Ayahanda" kawasan/zon yang kita nak kuasai.
A. National/ International
B.Negeri
C.Daerah
D. Online present (zaman ini semua bisnes MESTI   exist online)

14) Emosi/ Experience/Ekspresi
Berani untuk sebut/ekspresi  pada orang ramai. Jangan takut jual produk walaupun dah ramai orang buat. Rezeki Allah itu luas.
Terkini produk online yang paling top ;
-mengetat, memutih dan mengeras. ( cause people living in fear)

15) Result marketing/ Refferel marketing
Sell and market on result. Fokus pada result yang ada pada customer lain.
Ambil gambar, video, testimoni, feedback pelanggan.
" Result Speaks Louder Than Words"

[ Tolong hempuk kepala saya! ]


          Pada 27 - 30 September 2013, saya bersama suami menghadiri seminar IJI di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Pada mulanya saya menjangkakan ia lebih kurang sama dengan AMP tapi nyata sangkaan saya meleset sama sekali.

         Saya masih ingat bagaimana kami berlari ke stesen LRT Cheras selepas solat subuh kerana mengejar train yang paling awal supaya kami boleh sampai awal dan duduk di seat paling depan. Saya mahu fokus, kalau boleh saya nak tulis setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Doc.

           IJI  memang berlainan sekali dari AMP. Apabila kami di beri homework supaya menulis kisah hidup dan fokus kepada apa penyebab utama membuatkan kita nak ubah kehidupan kita, saya jadi takut. Itu tak best...yang lagi best adalah bila  Doc suruh tulis di blog dan link di facebook, saya jadi lagi kecut.....sebab.....blog pun saya tak ada!
     
            Mulanya saya tak faham kenapa kena tulis kisah hidup, kenapa nak buka pekung di dada (eceh), namun disebabkan saya sayang guru saya ini maka saya buat je....redahh jelah....

            Sejak itu saya mula menulis, sebelum ini nak tulis " Assalamualaikum" di status fb pun kena fikir 10 kali. Selalunya baca je status orang dan like je kalau suka.

             Saya tulis pengalaman hidup yang saya telah lalui. Namun melalui penulisan itu, ramai orang sudah mula kenal siapa saya dan yang paling penting ramai yang mula kenal " The Bakers Place". Ramai juga yang like dan terinspirasi dengannya.

            Manusia suka mendengar, membaca, memahami kisah hidup orang lain, lebih-lebih lagi kalau memberi mereka inspirasi. Atau dengan kata ringkasnya "kepoche".

          Terima kasih Doc. Tapikan Doc,..... dah lama saya tak update blog...... Tolonglah ambil  "TUKUL" Thor dan hempuk kepala saya supaya saya dapat banyak idea untuk menulis lagi. 
 

Friday, November 1, 2013

"Staffku sayang..."

                Kalau nak dikira dengan jari, yang sebenarnya ada 6 buah kedai kek "The Bakers Place", tapi memang dah bukan rezeki, 3 buah terpaksa ditutup dan satu dijual. Hanya 2 buah saja yang masih kekal bertahan. Bisnes bakeri bukanlah satu bisnes yang mudah jika tiada ilmu yang cukup dan pekerja yang setia malah sukar juga untuk mendapatkan tenaga kerja yang mahir. 

                 Setakat ini tak tahu dah berapa ramai  pekerja yang keluar masuk. Ada yang kerja sebulan, seminggu, 3 hari malahan ada yang cuma bertahan sehari saja. Hish...hish...kesian...
Kedai bakeri ni nampak dari luar memanglah macam best....dengan lampu terang-benderang, dengan susunan kek yang cantik-cantik tapi hakikatnya....

                  "Saya memang minat kak....lagipun saya dah biasa buat kerja dapur..." itulah kata-kata yang biasa didengar ketika belum mula kerja di sini. Apakala dah mula, muka jadi ketat dan dah mula picit-picit kaki. Esoknya pagi-pagi dapatlah SMS berbunyi " Maaf sgt x dpt dtg arini, x sihat...huhu"
Nak berhenti kerja pun guna sms saja.

                    Walaupun banyak kali situasi itu berlaku, tapi kami tak pernah jemu mengambil anak-anak bangsa sendiri bekerja di sini. Kami selalunya bersangka baik semoga satu hari dapat pekerja yang baik, yang jaga solat, yang amanah dan yang ikhlas. 

                    Alhamdulillah setahun ini kami dapat pekerja dengan ciri-ciri yang kami mahukan walaupun belum 100% sempurna, perlu dilatih. Semoga Allah permudahkan lagi segala urusan kami untuk mengembangkan lagi "Kedai Kek The Bakers Place." Ameen.

www.facebook.com/KedaiKekTheBakersPlace


Jariku tidak berwarna lagi.....

                Antara banyak-banyak kek, kek perkahwinan adalah antara kek yang paling sukar dibuat. Ia memerlukan ketelitian dan kemahiran yang lebih pada seorang penghias kek. Kek kahwin pertama yang saya hasilkan adalah pada hari perkahwinan adik-adik saya yang dibuat serentak pada Ogos 2007 iaitu 2 set kek 3 tingkat. Itu juga merupakan kek percubaan sebelum berani mengambil tempahan dari pelanggan. Dengan "skill" yang tidak seberapa itu, saya berusaha menyiapkan kek-kek tersebut dengan bantuan suami dan ditemani anak-anak sehingga jam 3 pagi. 

              " Sekejap ye, sikit lagi kek ibu nak siap dah....." Entah berapa kali ungkapan itu keluar untuk memujuk anak-anak yang bosan menunggu, tak tahu nak main apa dah di dalam kedai. Jari-jari pun dah bewarna merah dan biru. Itulah dia kek kahwin pertamaku. Dari situlah saya mengasah "skill" agar dapat menghasilkan kek kahwin yang lebih menawan dengan lebih pantas.

               Sekarang ini jari-jari saya tidak lagi berwarna, semuanya sekarang staff yang buat, biar jari mereka  pula yang bewarna merah, biru dan kuning....heheh...

www.facebook.com/KedaiKekTheBakersPlace







Sunday, October 27, 2013

Siapa curi muffin Kak Rozi??

                     Kami mula betul-betul berniaga adalah pada Januari 2007. Masa itu tak banyak produk bakeri yang dapat kami hasilkan sendiri, maka kami ambil dari kawan-kawan seperti Kak Rozi dan Chef Ramli ( sekarang chef dah jadi staff The Bakers Place). Kak Rozi selalu letak muffin coklatnya di kedai kami, biasanya  memang habis dijual dalam masa beberapa hari. Tapi satu hari tu muffin tersebut habis dicuri dengan bakul-bakulnya sekali. Masa tu kedai kami memang konsepnya " open air", bila dah sibuk buat kerja tak perasan orang masuk kedai. Kami tak suspek siapa-siapa, cuma akak suratkhabar cakap dia nampak budak-budak sekolah sedang berpesta makan kek kat tepi tangga di hujung kedai. Maka kami pun pergi menyiasat kalau-kalau ada baki muffin yang sebanyak 30 biji tu, tapi yang kami jumpa hanyalah bakul muffin yang kosong. Muffin sebiji harganya RM 1, maka rugilah kami sebanyak RM 30. Masa itu RM 30 tu banyak pada saya, agak sedih jugalah. Tapi suami selalu cakap, " kalau beruk curi makan rambutan kita kat atas pokok kita halalkan je kan, ni orang curi makan muffin kita halalkan jela....". Selepas itu, banyak lagi kejadian curi-mencuri berlangsung, ada yang sempat curi roti dan curi air tin. Mereka ni pandai, masuk kedai ramai-ramai tapi yang belinya sorang je, yang lain "cover " kawan dia masuk roti dalam beg.
                         Ini kejadian beberapa tahun lepas, sekarang alhamdulillah nampak budak-budak sekolah ni dah sopan, berbudi bahasa dan pandai hormat orang tua. Mereka jugalah yang banyak menyokong kedai kami terutama semasa Hari Guru, Hari Merdeka, cuti penggal dan hujung tahun dengan membeli kek-kek untuk jamuan kelas mereka. Bila tiba hari-hari istimewa ini, memang terasa luar biasa sibuknya. Kalau dulu saya sibuk-sibuk nak tahu siapa yang curi muffin Kak Rozi, sekarang saya dah tak kisah lagi sebab dari dulu saya dah halalkan, dan Allah dah gantikan dengan yang lebih baik.
Alhamdulillah.
                          












Ini bukan muffin Kak Rozi ye.......ini red velvet cupcakes " The Bakers Place."

Friday, October 11, 2013

" Mak mana......mak? "

             Suatu ketika dulu saya pernah berbadan besar, senang cerita gemuklah. Memang sejak dari menjadi pelajar memang beginilah keadaan saya. Apabila saya dah kahwin, berat badan turun sedikit. Yang paling teruk ialah apabila saya mula buka kedai, berat badan saya mencecah 93 kg. Mana taknya, lebih-lebihan kek saya sayang nak buang, jadi tong sampahlah saya ini. Memang susah nak bawa badan dan kaki selalu sakit sebab kerja memang jarang boleh duduk.
            Beberapa tahun selepas itu ada seorang pelanggan yang telah agak lama tak datang di kedai muncul sambil bertanyakan saya, " Tokey kedai ni dah tukar ke? " Saya jawab, " Tak Puan,  masih tokey yang sama". Dia tanya lagi, " ye ke....mak mana...mak?. Saya jawab sambil terpinga-pinga, " hah...mak kat rumah, mak saya memang jarang datang sini". Dia balas lagi, " Alaa...tokey kedai ni makcik yang gemuk putih-putih tu...mana dia?
Saya pun jawab, " Puan, sayalah tokey kedai ni, takde tokey lain lagi dah, saya dengan suami saya je."
" Ha..ah, muka sama, macamana boleh kurus ni, kongsilah rahsia," panjang ha..ahnya itu.
             Selepas itu panjang jugalah cerita kami tentang petua-petua untuk langsing dan bagaimana untuk kekalkan berat badan yang ideal. Dia memang sangat teruja mendengar penjelasan saya. Mungkin sekarang ni dia pun dah "slim" juga. Saya tidak menjual apa-apa produk kuruskan badan atau menjadi duta mana-mana Pusat Pelangsingan badan. Harap Maklum.








Ececeh...dah macam model " Duniaku Kurus" pulak ye !

Wednesday, October 9, 2013

Business is Trust.

Pada tahun 2005, saya pernah menghadiri kursus Pembangunan Usahawan anjuran Mara (PUSMA), itu sebelum saya buka kedai. Di sana saya belajar dalam bisnes yang biasa adalah 
1) beli tunai - jual tunai
2) beli tunai - jual hutang ( tak bagus dan patut dielakkan)
3) beli hutang - jual tunai ( yang ini paling best!)

Tapi bukan senang ye orang atau supplier nak bagi kita berhutang.
Semasa mula berniaga, kami beli bahan di kedai bahan bakeri. Kami tertanya-tanya siapa pula yang 'supply' kepada kedai bahan ni? Suami mendapatkan maklumat daripada Tuan Haji Azmi dan Chef Farid Bakeri Ria. Mereka berdua ni 'otai' bakeri yang banyak membantu kami. Mentor yang sangat ikhlas membantu. 

Suami menghubungi salesman syarikat supplier. Kami beli dengan bayaran tunai. Barang dihantar terus dibayar. Lama kelamaan apabila mereka sudah percaya,  kami di benarkan membayar dengan menggunakan cek. Apabila mereka sangat-sangat percaya, kami ditawarkan  kredit sebulan. Dan apabila mereka sudah tak berbelah bagi percaya, mereka sanggup tak ambil cek berbulan-bulan. Sekarang kami pula yang perlu telefon mereka untuk ambil cek pembayaran. "Haiya, apa ada hal, Bakers Place punya pasal, esok saya datang angkat....."  Best kan?

Business is about trust.