Alhamdulillah perniagaan bakeri kami berjalan lancar, setelah 6 bulan beroperasi suami berhenti kerja untuk " full time" menolong saya di kedai. Sejak itu kami sentiasa sibuk di kedai, kebanyakkan kerja kami buat sendiri. Mula dari membeli bahan, membuat roti, mendeco kek sampailah menjadi " cashier" dengan bantuan 3 orang pekerja. Memanglah sangat penat dan anak-anak sentiasa terbiar. Makan, mandi , tidur semua di kedai, pukul 11 malam baru boleh balik rumah. Walaupun begitu, kami rasa sangat bersyukur kerana ada ramai pelanggan tetap, kalau tak ada pelanggan macamana nak buat duit kan?
Dalam beberapa tahun ini, Alhamdulillah peniagaan ini semakin berkembang dan kami berjaya membuka satu lagi cawangan. Sekarang kami telah ada seramai 11 orang pekerja mahir dan kami boleh tinggalkan kedai pada bila-bila masa yang kami suka. Cuma dalam tahun ini kami terasa macam ada yang kurang dalam bisnes kami ini. Kami dah lama tak cari ilmu dan dah tak " excited" macam dulu lagi, mungkin disebabkan oleh faktor usia.
Bulan Mac 2013 adalah hari bersejarah apabila kami menghadiri seminar " Berani Berniaga" di wisma PGRM. Memang terkejut ber...., melihat ramainya manusia yang beratur seawal jam 6 pagi. Kami beratur hampir 2 jam didepan pintu masuk, berhimpit- himpit pula tu, berkejar-kejar nak dapatkan tempat duduk. First time buat kerja macam tu, dalam hati rasa best juga, rasa macam budak - budak semula.
Dari situ kami dapat banyak elmu, macamana nak buat " fan page", Dr.Azizan ajar live kat atas pentas. Kesian kami.... punyalah senang, sebelum ni tak tahu tapi taknak tanya orang. Doc juga cakap database tu penting, " Database Is King". MasyaAllah sebelum ni beratus database pelanggan saya buang je dalam tong sampah. Habis kelas saya cakap dengan suami, kita mesti masuk kelas lanjutan, saya cakap saya nak duduk depan, saya mesti duduk depan setiap kali kelas!
Seterusnya kami hadiri AMP bulan Mei, IMKK bulan Julai dan IJI bulan September2013. Impian saya untuk duduk depan setiap kali kelas Doc pun telah terlaksana. Sekarang ini suami saya sedang menghabiskan kelas Platinumnya. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga pada Allah swt kerana menemukan kami dengan mentor yang dapat mengajar kami tentang perniagaan, kehidupan, kebahagiaan dan kekayaan. Untuk berjaya, tiru saja apa yang orang berjaya telah lakukan dan ulang perkara yang sama sehingga berjaya.
Selepas ini impian saya adalah membuka lagi 2 cawangan Baker's Place di Bangi dan Shah Alam pada tahun 2014, Insya Allah. Ameen.
www.facebook.com/kedaikekthebakersplace
www.thebakersplace.blogspot.com
No comments:
Post a Comment